
Ketua Polis Manjung Nor Omar Sappi, berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian, pada 7 malam.
Katanya, dua beradik terbabit bermain di luar kawasan rumahnya, pada 5 petang, ketika ibu mereka yang berusia 36 tahun sedang memasak.
“Ibu mangsa menyuruh anak sulungnya berusia 10 tahun mencari dua adiknya untuk pulang ke rumah pada 5.30 petang.
“Kanak-kanak itu kemudiannya menemui dua adiknya di dalam parit berhampiran dan terus memaklumkan kepada ibunya,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Nor Omar berkata, pasukan perubatan yang tiba di lokasi pada 7.15 malam mengesahkan kematian dua beradik itu.
“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca sebenar kematiannya.
“Setakat ini siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.