
Ketua Polis Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak, berkata pihaknya menahan suspek berusia 41 tahun iaitu penjaga sementara kanak-kanak terbabit, kira-kira 5.40 petang tadi.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah berjaya membuat tangkapan terhadap suspek berusia 41 tahun itu yang bekerja sebagai kontraktor sambilan di Jalan Besar Taman Dagang.
“Suspek adalah kawan kepada bapa mangsa yang diminta untuk menjaga budak lelaki itu kerana ibu bapa kandungnya menjalani hukuman penjara,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, suspek mempunyai tiga rekod dadah dan satu rekod lampau jenayah komersial.
“Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang esok bagi tujuan permohonan reman untuk membantu siasatan bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” ujarnya.