Bedah siasat kanak-kanak temui kecederaan tumpul berbilang, pasangan direman

Bedah siasat kanak-kanak temui kecederaan tumpul berbilang, pasangan direman

Sepasang suami isteri direman tujuh hari bagi membantu siasatan ke atas kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.

Suami isteri itu ditahan susulan laporan polis pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh pada 3.14 pagi Ahad.
PETALING JAYA:
Sepasang suami isteri direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan ke atas kematian anak saudara mereka berusia lapan tahun, selepas bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan tumpul berbilang.

Pasangan yang masing-masing berusia 40 tahun itu direman bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu membunuh.

Harian Metro melaporkan majistret Anis Hanini Abdullah mengeluarkan perintah reman itu selepas membenarkan permohonan polis di Mahkamah Majistret Ipoh.

Semalam, media melaporkan suami isteri itu ditahan susulan laporan polis dibuat oleh pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh pada 3.14 pagi.

Polis berkata, berdasarkan laporan, kanak-kanak perempuan itu dibawa ke hospital dengan ambulans namun disahkan meninggal dunia pada 1.45 pagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.