Wanita maut ditimpa serpihan patung kuil

Wanita maut ditimpa serpihan patung kuil

Mangsa, berusia 53 tahun itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) susulan cedera parah di kepala.

Seorang wanita maut selepas serpihan patung dari bahagian atas kuil terjatuh, dalam kejadian di Kuil Arulmigu Visalatchi Sametha Viswanathar Sivalayam Paripalana Sabah, di Perak.
PETALING JAYA:
Seorang wanita maut ditimpa serpihan patung terjatuh dari bahagian atas kuil ketika upacara ritual di Buntong, Ipoh, pagi tadi.

Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid, berkata dalam kejadian 9.50 pagi itu, mangsa berusia 53 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) susulan cedera parah di kepala.

“Mangsa tersebut telah dikejar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), dan disahkan meninggal setelah rawatan kecemasan diberikan,” kata dalam kenyataan.

Katanya, insiden itu turut menyebabkan dua lagi wanita cedera.

Katanya, kejadian berkenaan berlaku di Kuil Arulmigu Visalatchi Sametha Viswanathar Sivalayam Paripalana Sabah.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Hassbullah Hasan bagi membantu siasatan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.