Serangan berkumpulan, lelaki maut ditetak di Bukit Mertajam

Serangan berkumpulan, lelaki maut ditetak di Bukit Mertajam

Sebelum ini, tular di media sosial rakaman memaparkan seorang wanita memegang senjata tajam, selain kelihatan seorang lelaki terbaring.

Dalam kejadian tular di media sosial itu, wanita berkenaan termasuk sekumpulan individu lain yang menyerang mangsa saling mengenali, kata Ketua Polis Seberang Perai Tengah Shafee Abd Samad.
PETALING JAYA:
Sekumpulan individu termasuk seorang wanita dipercayai menetak mati seorang lelaki, termasuk menikamnya, dalam pergaduhan berhampiran medan selera, di Kampung Baru, Bukit Mertajam, malam tadi.

Dalam kejadian 8 malam itu, mangsa yang juga warga tempatan berusia lingkungan 30-an berkenaan dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) oleh orang awam sebelum, disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah Shafee Abd Samad, berkata siasatan awal mendapati kejadian di kawasan terbuka berhampiran medan selera membabitkan mangsa dengan seorang wanita dan empat lelaki warga tempatan yang saling mengenali.

“Ekoran daripada pergaduhan itu, mangsa cedera di badan dan dihantar ke HBM oleh orang awam sebelum disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan menurut laporan Berita harian..

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengesan suspek terbabit dalam kejadian itu.

Punca pergaduhan juga masih dalam siasatan. Polis memohon orang awam yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Ahmad Shahir Adnan di talian 019-9517045 atau 04-5382222.

Terdahulu, tular beberapa video di media sosial yang diambil orang awam memaparkan pergaduhan itu.

Dalam video itu, kelihatan seorang wanita didapati memegang senjata tajam dipercayai parang dengan terdapat mangsa yang parah terbaring di jalan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.