Ibu bapa dalam penjara, anak pula didera penjaga

Ibu bapa dalam penjara, anak pula didera penjaga

Kanak-kanak itu dipercayai didera suspek yang menjadi penjaga kerana ibu dan bapanya sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan dadah.

Polis sedang mengesan penjaga mangsa iaitu seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang disyaki mendera kanak-kanak berusia tiga tahun itu, kata Ketua Polis Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak.
PETALING JAYA:
Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mendera kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, di Pandan Perdana, pada Sabtu.

Ketua Polis Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak, berkata lelaki berusia 40-an itu merupakan penjaga sementara kepada mangsa kerana ibu bapanya sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan dadah.

“Mangsa telah telah dijaga oleh suspek semenjak awal Jan 2022,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kejadian itu dikesan berlaku apabila seorang lelaki terdengar tangisan kanak-kanak itu, pada 1 petang.

“Pengadu telah membuat pemeriksaan badan mangsa dan dapati terdapat kesan kecederaan di muka dan badan mangsa. Pengadu terus ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.

“Mangsa kini dalam keadaan stabil dan ditempatkan di Wad Pediatrik Hospital Ampang untuk pemerhatian dan rawatan lanjut. Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan oleh pihak polis,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak- Kanak 2001.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya atau mana-mana balai polis berhampiran,”katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.