Sektor pelancongan perlukan 15,000 hingga 20,000 pekerja, kata menteri

Sektor pelancongan perlukan 15,000 hingga 20,000 pekerja, kata menteri

Anggaran itu diperoleh daripada data persatuan pelancongan tempatan dan kementerian pelancongan sedang berusaha menangani isu ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Nancy Shukri berkata, kerajaan kini sedang berusaha menangani isu tersebut termasuk dengan membawa masuk pekerja dari luar negara.
KUCHING:
Sektor pelancongan negara kini berhadapan kekurangan kira-kira 15,000 hingga 20,000 orang pekerja, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Nancy Shukri.

Menurutnya, anggaran tersebut diperoleh daripada data persatuan pelancongan tempatan dan masalah itu bukan hanya dihadapi oleh sektor itu malah melibatkan keseluruhan industri lain dalam negara.

Nancy berkata, kerajaan kini sedang berusaha menangani isu tersebut termasuk dengan membawa masuk pekerja dari luar negara.

“Secara rasmi, kementerian saya telah mengemukakan perkara ini (masalah kekurangan pekerja) kepada kabinet dan kerajaan sebenarnya sudah luluskan untuk membawa pekerja dari luar negara.

“Cuma buat masa ini perkara itu baru diluluskan dan harus melalui beberapa proses, kita perlu tunggu,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama penggiat industri pelancongan di sini, hari ini.

Beliau berkata, majikan disaran supaya mengambil pekerja tempatan, selain menjangkakan masalah tersebut dapat diselesaikan dalam satu ke dua bulan lagi terutama apabila negara kini sudah memasuki fasa peralihan ke endemik.

Sementara itu, katanya, bilangan pelancong yang memasuki negara setakat ini telah mencecah lebih 500,000 orang dan beliau yakin angka itu akan terus meningkat sehingga hujung tahun ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.