
Ketua Polis Daerah Gombak Zainal Mohamed Mohamed berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kanak-kanak itu boleh berhubung dengan Rafidah Abdul Aziz di talian 019-3509963 atau hubungi Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222.
Menurut Zainal, pihaknya menerima laporan polis yang dibuat oleh seorang lelaki pada pukul 2.24 petang Rabu berhubung seorang kanak-kanak lelaki dengan anggaran tinggi 60 sentimeter dan berkulit gelap telah dibawa pulang ke rumah mereka oleh abang pengadu.
“Pengadu tidak mengenali kanak-kanak tersebut dan tidak mengetahui dari mana abang pengadu menjumpai kanak-kanak tersebut,” menurutnya dalam kenyataan semalam.
Zainal berkata kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut dan telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Gombak untuk tindakan lanjut.