Doktor pelatih dibuli: Hantar laporan pasukan petugas ke Parlimen, KJ diberitahu

Doktor pelatih dibuli: Hantar laporan pasukan petugas ke Parlimen, KJ diberitahu

Ini bagi mendapatkan input dan sokongan bipartisan untuk meningkatkan keyakinan orang ramai, kata Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii.

Semalam, KKM mengumumkan penubuhan HWCITF bagi meneliti budaya buli terhadap doktor muda serta kematian seorang doktor pelatih bulan lepas yang dikaitkan dengan buli.
PETALING JAYA:
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin diminta membentangkan hasil penemuan pasukan petugas yang menyiasat budaya kerja toksik di hospital kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Kesihatan, Sains dan Inovasi.
Dr Kelvin Yii.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii berkata, isu itu membabitkan kepentingan awam yang besar dan sebaik sahaja laporan pasukan petugas itu siap dan saranan dibuat, ia perlu dihantar kepada jawatankuasa ini untuk meningkatkan keyakinan orang ramai.

“Ini bagi mendapatkan input dan sokongan bipartisan untuk meningkatkan keyakinan orang ramai,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, KKM mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Khas bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) yang akan dipengerusikan oleh Naib Canselor UCSI Siti Hamisah Tapsir dan dianggotai lapan pakar lain.

Yii mencadangkan agar lebih ramai wakil terlibat dalam pasukan petugas itu, termasuk daripada Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), terutamanya Bahagian Pelatih, Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan (Schomos) yang selama ini memperjuangkan hak doktor muda.

Beliau turut mencadangkan agar wakil daripada Malaysian Medics International dibenarkan menyertai pasukan petugas itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.