Umno semakin senja, perlu lebih kontemporari, kata Tok Mat

Umno semakin senja, perlu lebih kontemporari, kata Tok Mat

Umno perlu berazam dan berusaha menjadikan parti itu lebih kontemporari bersandarkan idea terbaik.

Mohamad Hasan berkata, Umno perlu berazam menjadikan parti itu lebih kontemporari bersandarkan idea terbaik.
KUALA LUMPUR:
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata, Umno dilihat semakin senja dan menua, justeru perlu berusaha supaya lebih kontemporari serta berdaya saing.

“Sama ada kita mahu menerimanya atau tidak, di luar sana Umno dilihat semakin senja dan menua. Kita tidak lagi dilihat secocok dengan zaman.

“Pada pandangan banyak pihak, kita terpisah jauh, dari imaginasi generasi Malaysia pasca moden apatah lagi kemajuan zaman,” katanya ketika berucap pada majlis Wacana Aspirasi Umno “Menggalas Perjuangan, Mendepani Cabaran” di Auditorium Menara Dato Onn.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, Umno perlu berazam dan menjadikan parti itu lebih kontemporari bersandarkan idea terbaik.

Katanya, wacana seperti hari ini menjadi pemula untuk parti itu mendengar pandangan semua pihak agar tidak menjadi parti yang “rigid”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.