
Ketua Polis Wangsa Maju Ashari Abu Samah berkata, janin itu ditemui pada 4.57 petang oleh orang ramai sebelum penemuan itu dimaklumkan kepada pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.
“Bertindak atas maklumat diterima, sepasukan pegawai dan anggota dari IPD Wangsa Maju dan Forensik Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur menjalankan siasatan di tempat kejadian.
“Janin lelaki cukup sifat dengan anggaran usia enam hingga lapan bulan disyaki dibuang dalam mangkuk tandas di stesen minyak tersebut. Janin tersebut telah dibawa ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.
Ashari berkata, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini dinasihatkan menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Kuala Lumpur 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.