4 beranak terselamat selepas kereta terbakar, langgar kenderaan lain

4 beranak terselamat selepas kereta terbakar, langgar kenderaan lain

Pemandu memberhentikan kereta apabila menyedari kebakaran dan menjerit kepada isteri dan anak-anaknya supaya keluar.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata kejadian itu menyebabkan kereta Hyundai Elantra berkenaan terbakar 80%. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Sebuah kereta dinaiki suami isteri dan dua anak mereka terbakar dan terbabas sebelum melanggar sebuah SUV di Genting Highlands, petang semalam.

Difahamkan, pemandu kenderaan itu memberhentikan kereta apabila menyedari kebakaran dan menjerit kepada isteri dan anaknya supaya keluar.

Bagaimanapun, mereka sekeluarga sempat mengambil barang dan keluar dari kereta sebelum kenderaan itu meluncur ke belakang dan ke bawah cerun.

Berdasarkan rakaman video tular berdurasi 0.27 saat memaparkan sebuah kereta berwarna putih terbakar sebelum mengundur ke belakang dan melanggar sebuah SUV sebelum terhenti.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata kejadian pada 1.44 tengah hari itu menyebabkan kereta Hyundai Elantra berkenaan terbakar 80%.

“Dalam kejadian itu kereta berkenaan yang terbakar mengelungsur ke Kilometer 3.0 Jalan Genting dalam keadaan api sedang marak.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan forensik JBPM,” katanya menurut laporan Kosmo.

Ismail berkata, dua jentera bersama lima anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Katanya, pihak bomba menggunakan satu aliran salur bantu bagi memadam kebakaran kereta berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.