
Suspek berusia 26 tahun itu ditahan Jumaat lalu susulan laporan polis yang dibuat mangsa berhubung kejadian pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Kamarul Rizal Jenal berkata, seorang remaja lelaki dan perempuan yang berusia 16 serta 17 tahun diperas ketika berada di kawasan pemandangan pendaratan pesawat dekat landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
“Susulan laporan mangsa, polis berjaya mengesan dan menangkap suspek di Jalan Kampung Perlis, Bayan Lepas dan turut merampas sebuah motosikal dipercayai digunakan pada hari kejadian,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan.
Beliau meminta orang ramai menyalurkan maklumat mengenai sebarang kegiatan atau jenayah ke Bilik Gerakan Polis Barat Daya di talian 04-8664122, 0192238169 (WhatsApp) atau Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya menerusi aplikasi Messenger.