Lebih 26% kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19

Lebih 26% kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19

Sebanyak 1,553,175 atau 43.8% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ialah sebanyak 70,416,939.
KUALA LUMPUR:
Sejumlah 929,427 atau 26.2% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Malaysia lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web CovidNow, sebanyak 1,553,175 atau 43.8% daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,897,493 atau 93.1% lengkap vaksinasi manakala 2,994,981 atau 96.2% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu bagi golongan dewasa, sejumlah 16,043,079 atau 68.2% menerima dos penggalak manakala 22,968,088 atau 97.6% lengkap dua dos dan 23,244,086 atau 98.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Semalam, sebanyak 26,584 dos vaksin diberikan melibatkan 7,266 dos pertama, 17,896 dos kedua dan 1,422 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,416,939.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.