21 Jun sebutan semula kes suami isteri didakwa bunuh kanak-kanak

21 Jun sebutan semula kes suami isteri didakwa bunuh kanak-kanak

Tarikh itu ditetapkan selepas permohonan dibuat pihak pendakwaan bagi menunggu laporan kimia dalam prosiding kes hari ini.

Tertuduh, Ling Kok Liang, 51, bersama Wendy Chai Xue Zhen, 36, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. (Gambar Bernama)
KUCHING:
Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 21 Jun ini untuk sebutan semula kes pasangan suami isteri yang didakwa membunuh kanak-kanak berusia empat tahun, Eric Chang Wei Jiw pada Mac lepas.

Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah, Dora Undau menetapkan tarikh itu selepas permohonan dibuat oleh pihak pendakwaan bagi menunggu laporan kimia dalam prosiding kes hari ini.

Tertuduh, Ling Kok Liang, 51, bersama Wendy Chai Xue Zhen, 36, iaitu penjaga kepada kanak-kanak terbabit, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Mereka didakwa menyebabkan kematian Chang di No 1493, Lorong 2, Taman Riverview, Jalan Daya, Bintawa di sini antara 5 petang 4 Mac hingga 9.15 pagi 8 Mac.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Tan Chuan Yi, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.