Sukan SEA: Dhabitah raih emas sulung Malaysia

Sukan SEA: Dhabitah raih emas sulung Malaysia

Nur Dhabitah merangkul emas menerusi acara 1m papan anjal di Pusat Akuatik My Dinh, Vietnam, hari ini.

Nur Dhabitah berjaya menambah koleksi emasnya selepas mengumpul 290.45 mata dalam lima terjunan. (Gambar Bernama)
HANOI:
Persembahan cemerlang atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri dalam saingan final acara 1m papan anjal individu wanita menghadiahkan Malaysia pingat emas pertama Sukan SEA ke-31 di Pusat Akuatik My Dinh di sini, hari ini.

Ia juga adalah acara yang menawarkan pingat emas pertama sebelum upacara pembukaan rasmi yang dijadual berlangsung Khamis ini.

Nur Dhabitah yang telah memenangi empat pingat emas sepanjang penyertaannya di temasya sukan dwitahunan itu, berjaya menambah koleksi emasnya selepas mengumpul 290.45 mata dalam lima terjunan.

Lebih membanggakan, Malaysia berjaya menamatkan saingan itu dengan kedudukan podium 1-2 selepas atlet muda, Kimberly Bong Qian Ping berjaya merangkul pingat perak dengan kutipan 230.00 mata.

Pingat gangsa dimenangi atlet tuan rumah Ngo Phuong Mai yang mengutip 224.00 mata.

Dalam pada itu, Nur Dhabitah berpeluang merangkul pingat emas keenamnya apabila bakal bergandingan dengan ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg dalam acara 10m platform seirama pada Rabu ini di venue sama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.