
Timbalan Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata kemalangan maut membabitkan pemandu dan penumpang kenderaan lain pula mencatatkan 44 kematian diikuti pejalan kaki dengan lapan kematian serta penunggang basikal (satu kematian).
“Keseluruhan kes kematian sepanjang Op Selamat 18 adalah sebanyak 141 kematian dalam 135 kemalangan maut yang berlaku di jalan raya di seluruh negara,” katanya kepada Bernama, semalam.
Beliau berkata selain itu, polis secara keseluruhannya merekodkan sebanyak 12,985 kemalangan di seluruh negara sepanjang tempoh berkenaan.
Katanya, sejumlah 257,808 saman telah dikeluarkan ke atas pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan trafik.
Razarudin berkata daripada jumlah itu, sebanyak 194,445 saman dikeluarkan atas kesalahan utama iaitu memotong barisan, memotong garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, melanggar lampu isyarat merah, memandu melebihi had laju yang dibenarkan serta menggunakan alat telekomunikasi.