
Menurut laman web CovidNow, sebanyak 1,546,751 atau 43.6% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin tersebut.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,896,706 atau 93.1% telah lengkap vaksinasi manakala 2,994,219 atau 96.2% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Pada masa sama, sejumlah 16,041,560 atau 68.2% golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,967,973 atau 97.6% telah lengkap dua dos dan 23,243,935 atau 98.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Sebanyak 23,115 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 4,848 dos pertama, 17,011 dos kedua dan 1,256 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,389,427.