
Katanya, ia termasuk tugas mengiring menteri, timbalan menteri atau wakil rakyat.
“Tidak perlu membazirkan tenaga kerja polis bagi buat kerja ‘outrider’ kepada menteri, timbalan menteri atau wakil rakyat,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook, hari ini.
“Kalau kamu mengejar masa, kamu sepatutnya merancang dan bersiap lebih awal atau membantu cari jalan penyelesaian masalah kesesakan lalu lintas supaya semua pengguna jalan raya boleh sampai ke destinasi dengan selesa. Tak perlu outrider,” katanya.
Steven berkata demikian mengulas video tular sejak semalam mengenai dua anggota trafik yang mengiringi orang awam, di Jalan Bukit Gambir, di Pulau Pinang.
Rakaman video berdurasi 20 saat dimuat naik pemilik akaun ‘anwarazeez’ itu, memaparkan seorang lelaki memandu kenderaan dengan diiringi dua anggota trafik yang menaiki motosikal polis.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap dua anggota trafik berkenaan, selain melakukan siasatan terperinci.