1,372 kes baharu Covid-19, 3 kematian

1,372 kes baharu Covid-19, 3 kematian

Jumlah kumulatif kes Covid-19 meningkat kepada 4,456,736 kes dan 35,579 kematian.

Daripada jumlah kes baharu, 1,367 membabitkan jangkitan tempatan, manakala lima kes import.
PETALING JAYA:
Sebanyak 1,372 kes baharu Covid-19 dicatatkan setakat semalam, menurut Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang CovidNow.

Selain itu, tiga kematian turut dilaporkan, termasuk sifar kes kematian di luar hospital (BID), menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah angka 35,579.

Daripada jumlah kes baharu, 1,367 membabitkan jangkitan tempatan, manakala lima kes import.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 23,276 kes aktif dilaporkan, termasuk 86 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), yang antaranya 46 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif, sebanyak 95.1% atau 22,146 pesakit menjalani kuarantin di rumah, manakala 19 individu atau 0.1% dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 3,610 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini adalah 4,456,736.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.