1,251 kes baharu Covid-19, 7 kematian

1,251 kes baharu Covid-19, 7 kematian

Jumlah kumulatif kes Covid-19 meningkat kepada 4,455,364 kes dan 35,576 kematian.

Daripada jumlah kes baharu, 1,242 membabitkan jangkitan tempatan, manakala sembilan kes import. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Sebanyak 1,251 kes baharu Covid-19 dicatatkan setakat semalam, menurut Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang CovidNow.

Selain itu, tujuh kematian turut dilaporkan, termasuk dua kes kematian di luar hospital (BID), menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah angka 35,576.

Daripada jumlah kes baharu, 1,242 membabitkan jangkitan tempatan, manakala sembilan kes import.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 25,517 kes aktif dilaporkan, termasuk 37 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), yang antaranya 39 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif, sebanyak 95.6% atau 24,396 pesakit menjalani kuarantin di rumah, manakala 19 individu atau 0.1% dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 3,181 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini adalah 4,455,364.

Tiada kluster baharu direkodkan semalam, mengekalkan jumlah kluster keseluruhan pada 7,010 dengan 75 daripadanya masih aktif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.