Tak puas hati harga nasi goreng, pelanggan dan pekerja restoran bergaduh

Tak puas hati harga nasi goreng, pelanggan dan pekerja restoran bergaduh

Polis berkata, kejadian itu berlaku selepas juruwang meninggikan suara kepada seorang pelanggan wanita yang mempertikaikan harga nasi goreng kosong dan telur berharga RM6.

Polis berkata, seorang pekerja di restoran terbabit menumbuk anak lelaki pelanggan wanita itu kerana membaling kotak tisu ke arah juruwang sehingga terkena barang-barang di atas kaunter.
PETALING JAYA:
Satu pergaduhan berlaku di sebuah restoran di Jempol, Negeri Sembilan semalam dipercayai berpunca daripada tindakan juruwang meninggikan suara kepada pelanggan yang tidak berpuas hati dengan harga makanan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Hoo Chang Hook berkata, kejadian kira-kira 1 pagi itu berlaku selepas juruwang restoran itu meninggikan suara kepada seorang pelanggan wanita yang mempertikaikan harga nasi goreng kosong dan telur sebanyak RM6.

“Situasi itu menyebabkan anak wanita itu berasa berang dan mengambil kotak tisu serta membaling ke arah juruwang tersebut sehingga terkena barang-barang di atas kaunter,” katanya dalam kenyataan hari ini yang dipetik Sinar Harian.

Hoo berkata, seorang pekerja di restoran itu kemudiannya menumbuk anak lelaki wanita itu sebelum dileraikan pekerja lain dan pelanggan di premis berkenaan.

Katanya, satu laporan polis dibuat oleh mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menafikan polis campur tangan dalam menyelesaikan kes itu “secara tak rasmi”, sebaliknya pihaknya mengambil tindakan mengikut prosedur dan peraturan tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

“Orang awam yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

“Restoran itu mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) tetapi ia tidak berfungsi,” katanya selainsupaya menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi di media sosial yang boleh mengganggu siasatan dan ketenteraman awam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.