
Laporan dibuat dibuat oleh Pergerakan Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Penolong Setiausaha Pemuda SUPP Pusat Liew Leong Yee berkata, wakil rakyat DAP itu membuat tuduhan liar menerusi hantaran di akaun Facebook.
Katanya, terdapat dua video di laman Facebook milik Violet yang menuduh kerajaan Sarawak menggunakan rakyat sebagai bahan uji kaji untuk menggunakan vaksin tamat tempoh.
“Ia jelas adalah tidak tuduhan yang tidak berasas. Kementerian Kesihatan (KKM), Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) dan kerajaan Sarawak sudah mengeluarkan beberapa kenyataan bahawa pengeluar vaksin sudah melanjutkan tarikh luput vaksin masing-masing kepada tarikh yang lebih lama.
“Oleh itu, dos penggalak yang kita gunakan bukanlah vaksin yang sudah tamat tempoh seperti yang didakwa,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Violet dalam video yang disiarkan di Facebook pada 28 April mempersoalkan kesahihan dos penggalak kedua yang didakwanya sudah luput tarikh.
Malah beliau turut menuduh kerajaan menjadikan rakyat sebagai bahan uji kaji untuk mengenal pasti keberkesanan vaksin dos penggalak itu.
Menurut Leong Yee, kenyataan Violet itu jelas berniat mencetuskan kerisauan awam dan menimbulkan ketakutan dalam kalangan rakyat.
“Susulan kenyataan tidak bertanggungjawab itu, ramai yang enggan meneruskan untuk menerima dos penggalak kedua sekali gus menyebabkan usaha kerajaan Sarawak memerangi Covid-19 terganggu,” katanya.