Alasan tumpang guna tandas, tapi serang tuan rumah dengan parang

Alasan tumpang guna tandas, tapi serang tuan rumah dengan parang

Polis berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methampetamine.

Polis berkata, suspek bersikap agresif dan mengambil parang milik tuan rumah sebelum menyerang mangsa selepas cubaannya memasuki salah sebuah bilik dihalang. (Gambar Fail)
PETALING JAYA:
Dua beranak cedera selepas diserang seorang lelaki menggunakan parang di Felda Easter, Kota Tinggi, Johor semalam.

Ketua Polis Kota Tinggi, Hussin Zamora berkata, sebelum kejadian, keluarga mangsa didatangi lelaki berusia 30-an itu yang mahu menggunakan tandas mereka.

“Pemilik rumah memberi kebenaran kepada lelaki itu untuk menggunakan tandas di rumahnya. Anak lelaki pemilik rumah berusia lingkungan 30 tahun kemudiannya ternampak lelaki itu cuba memasuki salah sebuah bilik.

“Ketika cuba menghalang perbuatan itu, suspek bersikap agresif dan mengambil parang milik tuan rumah sebelum menyerang pemilik rumah.

“Jeritan isteri warga emas itu menyebabkan beberapa jiran bergegas membantu meleraikan keadaan dan menangkap suspek,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Hussin berkata, pemilik rumah berusia 60-an bersama anak lelakinya mendapat rawatan di bahagian pesakit luar di hospital kerana cedera ringan ketika bergelut dengan suspek.

Katanya, suspek turut cedera dan dirujuk ke hospital untuk rawatan, manakala hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methampetamine.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.