Aliran trafik mulai tinggi arah utara, selatan tengah hari ini

Aliran trafik mulai tinggi arah utara, selatan tengah hari ini

LLM melaporkan trafik tinggi di kedua-dua arah termasuk lokasi di sekitar plaza tol

Aliran trafik tinggi di Rawang Selatan menghala ke Sungai Buaya; Sungkai ke Slim River, dan Terowong Menora ke Kuala Kangsar, kata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Aliran trafik arah selatan dan utara mulai tinggi setakat jam 12 tengah hari, pada hari ketiga sambutan Aidilfitri, hari ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di laman Twitter, melaporkan trafik tinggi di kedua-dua arah termasuk lokasi di sekitar plaza tol.

Di arah selatan, antara lokasi yang mencatatkan aliran trafik tinggi adalah Permatang Pauh ke Hentian Juru; Jawi menghala ke Bandar Baharu; Bukit Merah menghala ke Taiping Utara; Simpang Pulai ke RnR Simpang Pulai dan Gopeng ke Tapah.

Sementara arah utara, trafik tinggi di Rawang Selatan menghala ke Sungai Buaya; Sungkai ke Slim River, dan Terowong Menora ke Kuala Kangsar.

Ikuti jadual cadangan waktu perjalanan Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) sempena cuti Hari Raya.

LLM turut menasihati pengguna jalan raya terutama di bahagian timur agar mengikuti jadual cadangan waktu perjalanan Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) sempena cuti perayaan ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.