Aliran trafik ke pantai timur bertambah

Aliran trafik ke pantai timur bertambah

Kesesakan berlaku sejauh 2km selepas Hentian Sebelah Gombak ke Genting Sempah.

Keadaan trafik di Plaza Tol Gombak pada 9.08 pagi tadi. (Gambar LLM Trafik)
KUALA LUMPUR:
Aliran trafik mula meningkat di laluan sebelum memasuki Plaza Tol Gombak arah timur bermula 9 pagi tadi, berikutan pertambahan kenderaan keluar dari ibu kota susulan pergerakan orang ramai pulang ke kampung pada hari kedua sambutan Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata, kenderaan bergerak perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak dan kesesakan turut berlaku sejauh 2km selepas Hentian Sebelah Gombak ke Genting Sempah.

“Bagaimanapun, pergerakan trafik di lain-lain lokasi masih lancar dan orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika memandu,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1-800-88-0000 dan www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta www.twitter.com/LLMinfotrafik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.