‘Minyak bot habis, terpaksa merapat ke Malaysia’, kata PATI selepas ditahan polis

‘Minyak bot habis, terpaksa merapat ke Malaysia’, kata PATI selepas ditahan polis

Seramai 17 orang lelaki, sembilan wanita dan empat kanak-kanak warga Rohingya ditahan berhampiran Pulau Lima, Langkawi semalam.

PETALING JAYA:
Pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Rohingya yang ditahan berhampiran Pulau Lima, Langkawi semalam mendakwa terpaksa memasuki perairan negara selepas bot kehabisan minyak.

“Apabila ditanya, katanya bukan nak masuk ke Malaysia, tetapi kerana kehabisan minyak dan sebagainya, terpaksa mendarat atau merapat ke perairan Malaysia,” kata Ketua Polis Kedah Wan Hassan Wan Ahmad hari ini, lapor Berita Harian.

PATI ditahan terdiri daripada 17 orang lelaki, sembilan wanita dan empat kanak-kanak. Mereka dibawa ke Jeti Pangkalan Polis Marin Bukit Malut untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen.

Polis menggunakan bantuan warga Rohingya di negara ini untuk berkomunikasi dengan tahanan yang tidak fasih berbahasa Melayu dan Inggeris.

Dalam pada itu, beliau berkata, kawalan keselamatan sempadan akan diperketatkan kerana mungkin akan ada lagi warga Rohingya yang disyaki menunggu masa untuk cuba menyeludup masuk ke negara ini.

Mereka mungkin akan mengambil kesempatan atas sambutan Hari Raya Aidilfitri kerana menganggap anggota keselamatan tidak bertugas, tambahnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.