
Dalam satu sidang media di sini, Khalid berkata polis sedang mempergiat kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand untuk membawa pulang Tamim yang dipercayai berada di negara itu.
“Kita sudah ada maklumat risikan yang menjelaskan beliau (Tamim) berada Thailand. Kita tahu beliau di mana buat sementara waktu.
“Kita akan mendapatkan kerjasama yang berterusan dengan pihak berkuasa Thailand bagi memastikan beliau dibawa pulang dan didakwa,” katanya
Menurutnya, Tamim akan didakwa di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan atas dakwaan merosakkan simbol suci agama Hindu.
Aktvis itu sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas memuat naik satu video merosakkan ‘soolam’ yang menjadi simbol suci bagi agama Hindu di tapak lama sebuah kuil di Langkawi, Kedah.
Salain Tamim, penceramah bebas Zamri Vinoth dan aktivis Arun Dorasamy juga akan didakwa esok berkait kontroversi pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran,
Zamri akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur berhubung perhimpunan yang dirancang di hadapan sebuah kompleks beli-belah di ibu negara pada 7 Feb lepas.
Arun pula didakwa di Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang kerana mengajak sebuah persatuan mengadakan protes jalanan.
Sementara itu, Khalid berkata seorang lelaki juga akan didakwa di Mahkamah Majistret Seremban esok kerana membuat hantaran mendakwa sebuah masjid di Seremban sebagai ‘masjid haram’.