
Oleh itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa berharap syarikat telekomunikasi (telco) lain dapat segera memuktamadkan perjanjian dengan DNB sebelum tarikh akhir 30 Jun ini.
“Ini bermakna, kalau pada 30 Jun, mana-mana telco masih tidak mengambil ekuiti mereka, maka mereka akan ditinggalkan dan kita akan teruskan sebab tumpuan sekarang adalah memastikan pelancaran sebenar berlaku.
“Jadi, bagi mereka yang melanggani TM dan YTL, saya difahamkan selepas Aidilfitri ini, mereka akan ada pelancaran 5G di tiga kawasan (Fasa 1A), iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya,” katanya dipetik Bernama selepas menghadiri majlis iftar Rumah Prihatin di sini malam tadi.
Pada 16 Mac lalu, Annuar berkata, isu monopoli DNB dalam pelaksanaan rangkaian 5G tidak lagi berbangkit kerana kerajaan membuka 70% peluang kepada semua penyedia perkhidmatan komunikasi untuk memiliki kepentingan ekuitinya.