
Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata, ia selaras peruntukan Seksyen 3 Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Holidays Ordinance (Sabah Cap 56) dan Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap 8).
Beliau berkata, gantian cuti Hari Pekerja secara automatik tidak terpakai untuk Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor kerana Hari Pekerja jatuh pada Ahad adalah hari bekerja di negeri terbabit.
“Bagaimanapun, ia tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa negeri masing-masing untuk membuat sebarang pengumuman berkenaan cuti,” katanya.
Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada hari ini.