
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata, aliran trafik di laluan itu perlahan sejauh 8.3km, namun Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur lancar di kedua-dua arah.
Tinjauan Bernama di Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Gombak juga mendapati jumlah kereta semakin meningkat di laluan itu, tetapi perjalanan masih lancar.
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Syed Danial Syed Ahmad semalam mengumumkan umat Islam di Malaysia menyambut Aidilfitri hari ini.
Sebelum ini, ramai menjangkakan Aidilfitri akan disambut pada 3 Mei, namun kerana Hari Pekerja yang jatuh pada Ahad menyebabkan ramai memulakan perjalanan balik kampung sejak Jumaat lalu.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta www.twitter.com/LLMinfotrafik.