1,503 kes baharu Covid-19, 3 kematian dicatat

1,503 kes baharu Covid-19, 3 kematian dicatat

Daripada jumlah kes baharu, 1,497 membabitkan jangkitan tempatan, manakala enam kes import.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini adalah 4,449,507.
PETALING JAYA:
Sebanyak 1,503 kes baharu Covid-19 dicatatkan setakat semalam, menurut Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang CovidNow.

Selain itu, tiga kematian turut dilaporkan, termasuk satu kes kematian di luar hospital (BID), menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah angka 35,550.

Daripada jumlah kes baharu, 1,497 membabitkan jangkitan tempatan, manakala enam kes import.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 41,167 kes aktif dilaporkan, termasuk 69 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), yang antaranya 45 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif, sebanyak 97.2% atau 39,995 pesakit menjalani kuarantin di rumah, manakala 29 individu atau 0.1% dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 5,839 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini adalah 4,449,507.

Tiada kluster baharu direkodkan semalam, mengekalkan jumlah kluster keseluruhan pada 7,010 dengan 84 daripadanya masih aktif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.