Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok

Pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, malam ini.

Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam menyambut Aidilfitri esok menerusi siaran di televisyen tempatan.
PETALING JAYA:
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 2 hb Mei 2022.”

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.