
SINGAPURA: Hari Raya Aidilfitri akan disambut pada Selasa (3 Mei) di Singapura, manakala Brunei dan Indonesia akan menyambutnya pada hari Isnin seperti Malaysia.
Mufti Singapura, dalam satu pengumuman hari ini berkata tarikh itu ditetapkan kerana pengiraan mendedahkan bahawa anak bulan Syawal tidak mungkin dilihat pada waktu matahari terbenam hari ini.
Di Jakarta, Pusat Muhammadiyah Indonesia menetapkan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Isnin, 2 Mei, memandangkan anak bulan telah dilihat hari ini.
Kerajaan Brunei Darussalam pula berkata Aidilfitri akan disambut esok memandangkan hilal atau anak bulan dilihat pada satu atau lebih sudut pandang petang ini.