24 nelayan nyaris maut bot terbakar

24 nelayan nyaris maut bot terbakar

Semua kru diselamatkan bot bilis dan nelayan lain yang berada berhampiran lokasi kejadian.

Dalam kejadian 7.30 malam itu semua kru diselamatkan bot bilis dan nelayan lain yang berada berhampiran lokasi kejadian. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Seramai 24 kru bot nelayan pukat bilis nyaris maut apabila bot mereka terbakar di perairan Pulau Buyong, Langkawi, malam tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian 7.30 malam itu, semua kru diselamatkan bot bilis dan nelayan lain yang berada berhampiran lokasi kejadian.

Ketua Polis Langkawi, Shariman Ashari, berkata tiada mangsa mengalami kecederaan serius.

“Maklumat kebakaran bot bilis KH 455 disalurkan oleh Pegawai Pemerintah Markas Operasi (PPMO) Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi.

“PPM turut memaklumkan kejadian sama kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk bertindak,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Shariman berkata, semua 24 kru termasuk tekong yang berjaya diselamatkan dibawa balik oleh PPM ke pangkalan mereka di Bukit Malut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.