
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Shuhaimi Jusoh berkata, mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian adalah pemandu Perodua Alza, Mohd Hazlan Ibrahim @ Saleh, 33, dan pemandu Proton Wira, Muhamad Baijuri Mohd Shariff, 26.
Beliau berkata, tiga lagi yang parah adalah penumpang Perodua Alza, iaitu seorang wanita berusia 31 tahun dan dua kanak-kanak masing-masing berusia lapan dan enam tahun.
Seorang lagi mangsa, kanak-kanak berusia satu tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah Proton Wira terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar Perodua Alza.
“Semua yang terlibat dalam kemalangan itu dibawa ke Hospital Jeli untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Shuhaimi berkata, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.