
Malah bekas perdana menteri itu berkata, bukan beliau yang memilih dan berunding behubung pembelian kapal selam itu, walaupun beliau menteri pertahanan pada masa tersebut.
“Perdana menteri ke-4 yang pilih kapal selam itu dan berunding dengan Perancis,” katanya berhubung perjanjian bernilai USD1.2 bilion itu.
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim baru-baru ini mahu kerajaan menyatakan pendirian sama ada individu yang terlibat dalam skandal Scorpene akan dihadapkan ke mahkamah selepas media melaporkan bahawa mahkamah Perancis menyiasat syarikat pertahanan negara itu, Thales, berhubung dakwaan rasuah dalam penjualan kapal selam kepada Malaysia.
Najib menyifatkan dakwaan bahawa beliau membeli kapal selam tersebut sebagai propaganda dan cerita yang dimainkan oleh PH sejak lebih 10 tahun lalu.
Katanya, siaatan ke atas kes rasuah kapal selam itu dibuka semula semasa pentadbiran PH dan “disiasat sepuas-puasnya”.
“Langsung tidak ada bukti saya berkait dengan rasuah kapal selam,” katanya.
Beliau turut mengingatkan bahawa Perancis menyiasat isu itu sejak 2010.
“Sekarang pun masih siasat dan belum didakwa secara rasmi,” katanya.