
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan menerima panggilan mengenai insiden itu pada 5.32 petang.
“Kemalangan itu melibatkan dua jenis kenderaan, iaitu kereta jenis Proton Persona dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux telah bertembung.
“Kemalangan itu menyebabkan empat mangsa, iaitu seorang lelaki serta dua kanak-kanak lelaki yang menaiki kereta Proton Persona cedera manakala seorang penumpang kereta itu maut dalam kejadian.
Beliau berkata, dua lelaki dan dua wanita yang menaiki pacuan empat roda itu turut cedera.
Katanya, semua mangsa dibawa ke Hospital Manjung untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada 7.24 malam tadi.