
Ahli jawatankuasa Amanah, Faiz Fadzil yang juga peguam kepada Khalid berkata, hakim Zulqarnain Hassan dalam penghakiman ringkasnya menyatakan pihak defendan, iaitu Khalid berjaya membuktikan pembelaan komen berpatutan atau komen yang wajar.
Kamarul diperintah membayar kos sebanyak RM10,000. Beliau diwakili peguam Mohd Harris Mohan dan Khalid diwakili oleh Faiz.
Tonton video di sini.
Pada 28 Julai 2020, Kamarul memfailkan saman fitnah berhubung penulisan Khalid yang disiarkan sebuah portal dalam talian bertajuk “Pensyarah Melayu Bodohkan Melayu Ibarat Pegar Makan Padi”.
Penulisan itu dibuat oleh Khalid pada 26 Mei 2017 ketika memberikan pandangan berhubung kritikan Kamarul terhadap buku Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, “Becoming Hannah” melalui rencana bertajuk “Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP”.