
Ini menyusul satu video tular di media sosial yang mendakwa vaksin yang diberikan di Sarawak sudah tamat tempoh.
Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr Ooi Choo Huck menolak dakwaan itu dan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa semua vaksin Covid-19 adalah selamat serta berkesan.
Yii dalam kenyataan hari ini berkata, penjelasan itu penting bagi mengurangkan kebimbangan orang ramai terhadap keselamatan dan keberkesanan vaksin berkenaan.

Walaupun menghargai respons Ooi berhubung perkara itu, namun beliau percaya penjelasan itu sepatutnya lebih jelas supaya orang ramai dapat memahami keputusan berkenaan.
“Ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan mereka yang mengambil apa yang mereka anggap sebagai vaksin tamat tempoh.
“Ini boleh menimbulkan keraguan dalam kalangan orang ramai, termasuk di Sarawak dan persepsi bahawa kita mendapat vaksin tamat tempoh.”
Katanya, beliau sudah mendapatkan penjelasan berhubung kelulusan itu dalam sidang Dewan Rakyat lalu, tetapi belum mendapat jawapan jelas daripada KKM.
Yii, yang mengetuai Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi Parlimen, turut menggesa Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan kerajaan memberikan penjelasan lanjut sama ada lanjutan itu akan menjejaskan keberkesanan, keselamatan dan tempoh perlindungan vaksin itu.
“Saya masih menggalakkan kumpulan berisiko tinggi mendapatkan vaksin dan dos penggalak, khasnya bagi mengelakkan lonjakan kes selepas sambutan Hari Raya.”
Sebelum ini, NPRA meluluskan lanjutan jangka hayat vaksin Covid-19 Sinovac dan Pfizer-BioNTech.