
Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata industri tempatan boleh meningkatkan pengeluaran dan produktiviti minyak sawit kerana pintu sempadan sudah dibuka semula dan buruh asing mula masuk secara beransur-ansur.
Semalam, Menteri Koordinator Hal Ehwal Ekonomi Indonesia Airlangga Hartarto mengumumkan larangan eksport semua produk minyak sawit mulai 28 Apr, 2022.
Produk itu ialah minyak sawit mentah, minyak sawit merah; olein sawit yang ditapis, diluntur, dinyahbau (RBD); efluen kilang sawit (POME) dan minyak masak terpakai untuk memastikan ia dapat memenuhi keperluan domestik dalam persekitaran kenaikan harga.
Dalam perkembangan lain, Zuraida ketika memetik laporan Bernama, berkata kementerian akan bertemu Kesatuan Eropah (EU), pada 8 Mei ini, untuk membincangkan isu berkaitan buruh paksa dan isu minyak sawit.
Bagaimanapun, ia masih belum mendapat tarikh untuk berjumpa dengan wakil daripada Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS).
Tindakan itu timbul di tengah-tengah penguatkuasaan berterusan Perintah Sekatan Pelepasan (WRO) terhadap Sime Darby Plantations, sejak Dis 2020, berhubung dakwaan penggunaan buruh paksa.
Penguatkuasaan WRO menyebabkan produk kelapa sawit dilarang memasuki AS.