Mahkamah Singapura tangguh hukuman mati seorang lagi warga Malaysia

Mahkamah Singapura tangguh hukuman mati seorang lagi warga Malaysia

Datchinamurthy Kataiah berhujah kesnya sendiri kerana tiada peguam Singapura yang berani mewakilinya atas kebimbangan terhadap tindakan balas daripada kerajaan.

Datchinamurthy Kataiah yang dijadualkan dihukum gantung esok, menghujahkan kesnya sendiri hari ini. (Gambar Facebook M Ravi)
PETALING JAYA:
Mahkamah Tinggi Singapura membenarkan pelaksanaan hukuman mati ke atas warganegara Malaysia, Datchinamurthy Kataiah ditangguhkan, kata kumpulan hak asasi, Lawyers for Liberty.

Datchinamurthy, 36, sepatutnya dihukum gantung esok.

“Tiada pelaksanaan hukuman mati pagi esok. Datchinamurthy menghujah kesnya sendiri kerana tiada peguam Singapura yang berani mewakilinya atas kebimbangan berhubung tindakan balas daripada kerajaan,” kata penasihat LFL, N Surendran menerusi catatan Twitter.

Sementara itu, peguam hak asasi manusia, M Ravi berkata, mahkamah Singapura membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu keputusan cabaran undang-undang Datchiamurthy berhubung salah laku komunikasi penjara.

Perkara itu akan didengar di mahkamah pada 20 Mei ini.

Datchinamurthy didakwa menyeludup 44.96g diamorphine ke Singapura pada 2011 dan dijatuhkan hukuman mati pada 2015.

Ini menyusul kes Nagaenthran K Dharmalingam yang dihukum gantung semalam kerana mengedar dadah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.