Bicara kes dadah Ismahalil 19 Okt

Bicara kes dadah Ismahalil 19 Okt

Mahkamah menetapkan 19, 20 dan 31 Okt untuk perbicaraan, selepas peguam mewakili Ismahalil Hamzah memohon tarikh bicara ketika sebutan kes itu hari ini.

Ismahalil Hamzah mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 374.6g di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, di sini, pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.
KUALA LUMPUR:
Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tiga hari bermula 19 Okt ini untuk perbicaraan kes penyampai radio Ismahalil Hamzah, yang didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis, Ogos tahun lepas.

Hakim Muhammad Jamil Hussin menetapkan 19, 20 dan 31 Okt untuk perbicaraan selepas peguam yang mewakili Ismahalil, Ahmad Zaharil Muhaiyar, memohon tarikh bicara ketika sebutan kes itu, hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya bercadang untuk memanggil enam hingga tujuh saksi pendakwaan untuk memberi keterangan.

“Pada prosiding hari ini, pendakwaan juga menyerahkan dokumen berkaitan perbicaraan kepada pihak pembelaan,” katanya.

Zaharil mengesahkan perkara tersebut, selain memaklumkan pihaknya akan menulis surat kepada mahkamah untuk mendapatkan tarikh sebutan baharu sekiranya terdapat representasi atau perkembangan terbaru mengenai kes.

Ismahalil, 49, mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 374.6g di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, di sini, pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.