SOP Covid-19 dilonggar mulai 1 Mei: Apa yang anda perlu tahu

SOP Covid-19 dilonggar mulai 1 Mei: Apa yang anda perlu tahu

Menteri kesihatan berkata, penjarakan fizikal tidak lagi diwajibkan, tetapi masih digalakkan.

Penjarakan fizikal digalakkan tetapi tidak lagi diwajibkan mulai 1 Mei.
PETALING JAYA:
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan peraturan dan SOP Covid-19 yang dilonggarkan mulai 1 Mei ini.

Berikut panduan ringkas mengenai peraturan dan SOP Covid-19 yang dilonggarkan:

  • Pesakit Covid-19 perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari, tetapi boleh dilepaskan daripada pengasingan pada hari keempat, jika ujian RTK-Antigen yang diselia pengamal perubatan menunjukkan keputusan negatif.
  • Kemasukan ke mana-mana premis dibenarkan untuk semua tanpa mengira status vaksinasi.
  • Pemakaian pelitup muka masih wajib di dalam bangunan dan pengangkutan awam, termasuk perkhidmatan e-hailing.
  • Pemakaian pelitup muka tidak wajib di luar bangunan, tetapi “amat digalakkan”.
  • Tidak perlu mengimbas kod QR MySejahtera ketika memasuki premis dan tempat awam.
  • Pesakit Covid-19 dan individu yang dikuarantin dilarang memasuki semua premis.
  • Penjarakan fizikal digalakkan, tetapi tidak lagi wajib.
  • Bersalaman dibenarkan, tetapi orang ramai digalakkan sentiasa mencuci atau membersih tangan selepas berbuat demikian.
  • Pengembara berusia 13 tahun dan ke atas yang lengkap divaksin serta individu dijangkiti Covid-19 dalam tempoh enam hingga 60 hari dari tarikh sembuh boleh memasuki negara tanpa menjalani ujian Covid-19 sebelum dan selepas ketibaan.
  • Pengembara berusia 12 tahun dan ke bawah tanpa mengira status vaksinasi tidak perlu menjalani ujian Covid-19 setibanya di Malaysia.
  • Pengembara yang tidak lengkap atau belum divaksin perlu menjalani ujian Covid-19 dua hari sebelum berlepas dan 24 jam selepas ketibaan mereka.
  • Pengembara bukan warganegara Malaysia tidak memerlukan insurans Covid-19 untuk masuk ke Malaysia.
  • Kelab malam dibenarkan beroperasi mulai 15 Mei ini, tetapi tertakluk kepada SOP yang diumumkan kelak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.