
Presidennya, Joseph Kurup berkata, parti itu kini mempunyai lebih 10,300 ahli di kawasan berkenaan dan yakin ia mampu mempertahankan kerusi itu untuk Barisan Nasional (BN).
“Dengan kemasukan 5,842 ahli baharu PBRS di kawasan Parlimen Tuaran, ditambah lebih 4,500 ahli sedia ada, PBRS dalam keadaan siap sedia mempertahankan kerusi ini untuk BN.
“PBRS amat yakin dapat mampu mempertahankan kerusi Parlimen Tuaran yang menjadi kubu kuat BN sejak pilihan raya umum ke-11 (PRU11) pada 2004 lagi,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata demikian selepas menerima kemasukan 7,232 ahli baharu dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan, Kadamaian, Pantai Dalit, Sulaman, Tamparuli, Kiulu dan Inanam di sini, baru-baru ini.
Sebelum ini, Bersatu, Umno dan Parti Bersatu Sabah (PBS) secara terbuka mengumumkan hasrat bertanding di Tuaran.
Kerusi Parlimen itu kini disandang Presiden Upko, Wilfred Madius Tangau yang memenanginya pada PRU14 lalu atas tiket BN.
Bagaimanapun, kedudukan beliau di kawasan itu dilihat sedikit tergugat apabila tewas kepada PBS ketika bertanding di DUN Kiulu dalam pilihan raya negeri lalu pada September 2020.
Sementara itu, Kurup berkata, penyertaan beramai-ramai ahli baharu di seluruh Sabah sejak kebelakangan ini menunjukkan rakyat semakin yakin dengan kemampuan BN mengurus tadbir negara.
Katanya, rakyat kini dilihat mahu kestabilan politik ketika era pemerintahan BN dahulu.
“Sehubungan itu, saya mengajak semua lapisan rakyat di Sabah bersatu hati menyokong semua calon BN dalam PRU akan datang demi kemajuan, kemakmuran dan pembangunan negeri.
“Saya juga berharap rakyat tidak lagi terpedaya dengan janji-janji kosong ditabur pihak pembangkang yang pernah menganggap manifesto bukanlah kitab suci.”