Marah sebab duit, bapa tetak anak

Marah sebab duit, bapa tetak anak

Suspek berusia 40an ditahan di lokasi kejadian oleh penduduk setempat sebelum ketibaan polis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek menyerang anaknya yang berumur 20-an dan menetaknya dengan ‘senjata tajam’.
BALIK PULAU:
Polis menahan seorang lelaki dipercayai menyerang dan menetak anaknya kerana perselisihan faham berkaitan duit dalam kejadian di Kampung Awak, Teluk Bahang, di sini, malam tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira 8.30 malam di rumah mereka, apabila suspek yang berusia 40-an memarahi anak lelakinya, dipercayai berkaitan dengan duit, sebelum berlaku perang mulut antara mereka.

Menurut seorang saksi, lelaki yang berang itu kemudiannya menyerang anaknya yang berumur 20-an, dan menetaknya dengan ‘senjata tajam’.

Ketua Polis Barat Daya Kamarul Rizal Jenal, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, berkata suspek ditahan di lokasi kejadian oleh penduduk setempat sebelum ketibaan polis.

“Hasil ujian saringan awal polis mendapati suspek yang bekerja sendiri itu negatif dadah, dan dia kini direman bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang cedera di bahagian belakang dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk rawatan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.