Harga minyak masak dijangka naik, Ahli Parlimen gesa kerajaan tingkat subsidi

Harga minyak masak dijangka naik, Ahli Parlimen gesa kerajaan tingkat subsidi

Wong Hon Wai mencadangkan kerajaan menggunakan pelbagai cukai dan levi yang disumbangkan oleh industri minyak sawit untuk meringankan beban ditanggung pengguna.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Wong Hon Wai berkata, terdapat laporan mengenai kekurangan minyak masak bersubsidi yang dijual dalam polibeg 1kg serta penyeludupan minyak bersubsidi.
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Bukit Bendera Wong Hon Wai menggesa Jemaah Menteri supaya mempertingkatkan program Skim Rasionalisasi Harga Minyak Masak (COSS) memandangkan harga minyak masak di negara ini dijangka naik tidak lama lagi.

Kenaikan harga ini dikaitkan dengan keputusan terbaru Indonesia untuk menggantung eksport minyak masak dan minyak sawit mentah mulai 28 April untuk menstabilkan harga di negara itu, menurut Wong.

“Jemaah Menteri mesti mempertingkatkan COSS memandangkan keputusan terbaru Indonesia memberi impak besar kepada harga minyak masak di pasaran Malaysia.

Tonton video di sini.

“Kerajaan mesti menggunakan pelbagai cukai dan levi, termasuk levi keuntungan durian runtuh, yang disumbangkan oleh industri minyak sawit untuk meringankan beban ditanggung pengguna,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, kerajaan mesti memastikan bekalan minyak masak di pasaran mencukupi dan harganya stabil dan mampu milik.

Beliau berkata, terdapat laporan mengenai kekurangan minyak masak bersubsidi yang dijual dalam polibeg 1kg serta penyeludupan minyak bersubsidi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.