
KKM turut melaporkan 2,478 kes Covid-19 meliputi 2,471 penularan tempatan dan tujuh kes import.
Daripada jumlah kematian itu, dua kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 35,507.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu lima kes, diikuti Kedah (dua kes) dan Melaka (satu kes).
Tiada kes kematian dilaporkan di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 68,007 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 98 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 63 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 9,215 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 4,433,551.