Pakej taubat RM20 berunsur penipuan, demi kaut untung, kata mufti

Pakej taubat RM20 berunsur penipuan, demi kaut untung, kata mufti

Mufti Kelantan berkata, bertaubat perlulah berlaku secara langsung dengan Allah serta mendapat kemaafan daripada sesama manusia, sekiranya ada melakukan kesalahan.

Mufti Kelantan, Mohamad Shukri Mohamad berkata, tiada upah untuk memohon keampunan dan taubat dengan Tuhan kerana kesalahan seseorang itu hanya dia sahaja yang mengetahuinya. (Gambar Bernama)
KOTA BHARU:
Pakej taubat dengan bayaran RM20 yang ditawarkan dalam laman sosial bertujuan mengaut keuntungan semata-mata selain menunjukkan kejahilan masyarakat, kata Mufti Kelantan, Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata, tindakan mengupah taubat itu perlu dihentikan segera kerana ia berunsur penipuan.

“Bertaubat ini perlulah berlaku secara langsung dengan Allah, kecuali dengan manusia, kita hendaklah mendapat kemaafan daripada sesama manusia, sekiranya ada melakukan kesalahan.

“Dengan Tuhan (Allah), kita boleh terus memohon keampunan untuk memohon taubat tiada upah untuk bayaran kerana kesalahan seseorang itu hanya dia sahaja yang mengetahuinya dan individu yang mengambil kesempatan terhadap orang lain dianggap jahil,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang maklumat mengenai individu yang mengambil upah doa taubat di Kelantan.

Dalam perkembangan lain, Shukri berkata, berdasarkan fatwa Kelantan, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membuat pengeluaran khas sebanyak RM10,000 tidak wajib membayar zakat kerana belum mencapai nisab ditetapkan.

“Pencarum yang menyimpan wang dalam KWSP dianggap belum sempurna, ia bermaksud mereka bebas menguruskan wang yang dikeluarkan, termasuk membeli barangan kemas dan apa sahaja keperluan mereka.

“Kadar nisab yang mencapai syarat minimum ialah RM20,000 ke atas wajib membayar zakat, oleh itu pengeluaran RM10,000 belum mencapai nisab, sekiranya pencarum mahu membayar zakat, ia tidak menjadi masalah,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.