
Ketua Polis Daerah Pekan, Mohd Zaidi Mat Zin ketika dihubungi berkata, lelaki berusia 30-an itu direman bermula hari ini sehingga 1 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.
Semalam, media melaporkan sebuah kereta peronda polis jenis Proton Waja terbakar angkara tindakan seorang pekerja balak yang mengamuk dalam kejadian sekitar 11 malam 23 April lalu.
Polis sebelum itu menerima panggilan daripada penjaga tanah matau balak berhubung seorang lelaki sedang mengamuk di kawasan rumah kongsi, sebelum tiga anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian.
Suspek turut bertindak agresif dengan memukul dan mencederakan dua anggota polis itu, sebelum masuk ke rumah kongsi serta mengambil satu objek menyala seperti api dan membalingnya ke dalam kenderaan polis.
Susulan itu, polis melaksanakan Op Kesan bagi menjejaki suspek sehingga berjaya diberkas sekitar 4.20 petang semalam berhampiran lokasi kejadian.